JAKSA PENDAMAI DAN DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR
Assalamualaikum, Sumber gambar di SINI Dengan mengambil kira senario sosio budaya Negeri Sabah, terutamanya masalah dokumentasi warga negara dan warga asing melalui Sijil Lahir Daftar Lewat yang membelenggu bukan sahaja masyarakat Negeri ini, malah sistem Kehakiman di Negeri Sabah yang menanggung banyak kes-kes tertunggak, maka bakalpeguam suka mencadangkan seperti berikut: Institusi Jaksa Pendamai (JP) diperkasakan bagi maksud mengambil alih proses dan prosiding inkuiri Sijil Lahir Daftar Lewat. Diperkasakan di sini bermaksud hanya JP yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan pengalaman profesion kehakiman atau kepeguaman di Negeri Sabah tidak kurang dari 5 tahun sahaja yang boleh mendengar dan memutuskan kes Daftar Lewat Sijil Lahir. Kerajaan Negeri Sabah menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang khusus bagi pengurusan kes terutamanya pendaftaran melalui sistem on-line kepada warga Sabah yang mempunyai urusan Daftar Lewat. JP yang mendengar kes Daftar Lewat ini diber...