Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

PEMAIN INDUSTRI DALAM SISTEM KEADILAN JENAYAH

Imej
Dalam sistem keadilan jenayah Malaysia, orang-orang inilah yang memainkan peranan penting dalam memastikan undang-undang jenayah ditegakkan seadil-adilnya. Industry player ini adalah seperti berikut: 1. Orang Yang Disyaki (OYDS) Sumber gambar di SINI Orang ini ialah mereka yang diadukan oleh seseorang pengadu bahawa telah disyaki melakukan sesuatu jenayah (suspek). Maka, polis akan menangkap orang ini dan akan menahannya di lokap untuk siasatan. Sekiranya siasatan tidak dapat selesai dalam tempoh 24 jam, OYDS ini perlu dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapat perintah tahanan reman bagi melengkapkan siasatan. Selesai saja siasatan, samada OYDS akan dituduh di Mahkamah atau dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan Timbalan Pendakwaraya. 2. Pengadu/Saksi Sumber gambar di SINI Pengadu ialah orang yang mengadu terhadap kejadian jenayah. Tidak semestinya pengadu ini ialah mangsa jenayah, walaupun sepatutnya mangsa jenayah yang menjadi pengadu. Sebagai contoh, ke...

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Assalamualaikum, Rasanya bakalpeguam telah membuat posting sebegini, namun disebabkan banyak komen dan emel yang diterima (terima kasih atas sokongan pembaca kepada blog ini), yang rata-ratanya meminta khidmat guaman selain panduan dan nasihat. Maka sekali lagi bakalpeguam perlu tegaskan bahawa untuk mencapai jalan penyelesaian yang terbaik bagi apa jua isu para pembaca budiman, bakalpeguam nasihatkan dan sarankan untuk berjumpa dan berdepan sendiri dengan peguam yang bertauliah. Blog ini hanya memberikan informasi dan panduan sahaja. Posting-posting atau jawapan bakalpeguam dalam komen atau emel tidak boleh dijadikan asas atau hujahan undang-undang. Soal kos guaman adalah terpulang kepada budibicara dan kesepakatan peguam dan klien. Bakalpeguam tidak dapat tentukan kos / fi / harga yang perlu dibayar kepada seseorang peguam. Dan bakalpeguam juga tidak akan recommend mana-mana individu peguam kerana ia adalah perbuatan yang tidak beretika. Harap maklum dan was...

DAPATKAN KHIDMAT PEGUAM..

Imej
Jika anda terlibat dengan apa jua kes melibatkan Mahkamah atau agensi kerajaan lain serta sekiranya anda disaman oleh mana-mana orang atau individu. Jangan berlagak seolah-olah anda tahu segala-galanya. Jangan terlalu sombong untuk dapatkan khidmat nasihat mereka yang pakar dalam bidang perundangan. Jangan terlalu lokek atau berkira untuk keluarkan wang semata-mata untuk pertahankan hak anda di sisi undang-undang. Nasihat ini juga termasuk bagi mereka di Negeri Sabah yang terlibat dengan kes-kes daftar lewat sijil lahir. Jangan bayar atau bagi rasuah untuk dapatkan dokumen sokongan. Selain salah di sisi undang-undang, anda juga rugi wang ringgit kerana urusan anda tidak akan pernah selesai. Malah anda menggalakkan lagi salah laku di kalangan penjawat awam atau mereka yang mempunyai kuasa. Ingat, peguam boleh bantu anda selesaikan masalah anda. Bukan dengan cara buat sendiri, bukan dengan cara jalan belakang atau rasuah dan bukan dengan cara menyombongkan diri. Ingat tu. Was...

AMARAN BUAT PEMINJAM WANG BERLESEN

Imej
Assalamualaikum, Ini amaran buat para peminjam wang berlesen atau Along. Jangan ganggu atau memeras ugut peminjam-peminjam anda. Sudahlah anda mengenakan caj dan faedah yang tidak masuk akal, anda pula selalu mengambil tindakan sesuka hati dengan membelakangkan undang-undang negara. Walhal, anda boleh saja ke Mahkamah Sivil untuk menuntut semula hutang daripada peminjam. Bukan dengan cara menyimbah cat, mengugut peminjam atau keluarga mereka, hingga sampai memukul peminjam. Ini perlakuan orang yang tiada akal sebenarnya. Negara kita ada satu undang-undang yang melindungi peminjam yang dinamakan sebagai AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 (AKTA 400) atau Bahasa Inggerisnya MONEYLENDERS ACT 1951. Di bawah Seksyen 29B Akta ini, secara ringkasnya mana-mana peminjam wang, samada secara sendiri atau melalui ejen, yang mengganggu atau mengugut peminjam atau ahli keluarganya atau memantau tempat kediaman serta premis perniagaannya adalah melakukan kesalahan yang jika disab...

GAGAL ENDOSMEN DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR

Imej
Assalamualaikum, Ada orang mengeluh mengapa endosmen daftar lewat sijil lahir anaknya yang kononnya lahir di hospital kerajaan dan ada 'surat klinik' tapi ditolak oleh Mahkamah. Atau dengan kata lain 'gagal endosmen'. Sumber gambar di SINI Makcik, Hanya kerana anak makcik lahir di hospital kerajaan bukan bererti sijil lahir itu layak diluluskan endosmennya. Ada bermacam faktor diambil kira oleh Mahkamah sebelum sesuatu sijil lahir daftar lewat itu boleh diendoskan. Sebenarnya endosmen itu adalah bagi menentusahkan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam sijil lahir daftar lewat itu adalah tepat dan betul. Ini bagi mengelakkan salah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab terutama untuk mengelakkan orang 'menjual' sijil lahir kepada orang lain. Mesti pakcik makcik pernah dengar kan orang jual sijil lahir. Jadi, sebelum seseorang itu boleh berbuat apa-apa dengan sijil lahir daftar lewat itu, terutamanya bagi memohon MyKad, fakta ...

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Daripada komen dan emel yang diterima daripada para pembaca, nampaknya masih ramai yang keliru antara wang jaminan dengan bayaran denda. Sumber gambar di SINI Saya cuba jelaskan dalam perkataan yang paling ringkas seperti berikut: JAMINAN MAHKAMAH Dibayar di Mahkamah oleh penjamin. Sebagai cagaran untuk bebaskan OKT dari ditahan di penjara sementara menunggu kes selesai. Bayaran dibuat sekali sahaja di kaunter Mahkamah atau melalui kaedah sijil simpanan tetap (fixed deposit) di bank. Wang jaminan akan dikembalikan selepas kes selesai kepada pemiliknya (selalunya penama penjamin pertama). Tanggungjawab penjamin adalah memastikan OKT hadir ke Mahkamah pada setiap tarikh sebutan/perbicaraan. Kegagalan menunaikan tanggungjawab tersebut penjamin boleh diarahkan untuk memberikan tunjuk sebab kepada Mahkamah mengapa wang jaminan tidak dilucutkan/dirampas. Jika Mahkamah tidak berpuas hati dengan penjelasan penjamin, Mahkamah boleh merampas/melucutka...

MENGAPA TAKUT DENGAN PEGUAM?

Imej
Assalamualaikum pembaca yang budiman, Saya ingin tahu sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan undang-undang, mengapa anda membuat search dulu di internet atau laman facebook berbanding berjumpa terus dengan peguam? Sumber gambar di SINI . Saya tidak mempromosikan baju ini ya. Apa sebab anda takut atau enggan menemui seorang peguam bagi menguruskan masalah perundangan anda? Kongsikan dalam ruangan komen. Terima kasih.

SALAM AIDIL ADHA 1440H

Imej
Assalamualaikum, Sumber gambar di SINI Blog bakalpeguam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1440H kepada semua pembaca yang budiman. Semoga Aidil Adha tahun ini membawa seribu keampunan dan keberkatan dalam kehidupan kita disamping terus berkorban demi agama, bangsa dan negara tercinta.  Dan sama-sama kita doakan semoga semua Dhuyufurrahman yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah dipermudahkan urusan dan diganjari dengan Haji yang mabrur, disamping kita juga berdoa agar dipermudahkan urusan untuk menjadi tetamu-Nya pada musim Haji akan datang. Amiin ya Rabbal 'alamin. Wassalam.

PENIPUAN DALAM BERURUSAN MELIBATKAN PEJABAT KERAJAAN

Imej
Assalamualaikum, Saya pernah menulis tentang penipuan melibatkan scammer di SINI yang dilaporkan di dalam akhbar tempatan. Malah, scammer ini juga sangat berani apabila menyamar sebagai pegawai polis hingga sebagai pegawai mahkamah seperti yang saya tulis di SINI . Dan terkini saya mendapat berita bahawa terdapat juga 'Little Napoleon' dalam jabatan atau agensi kerajaan yang bertindak menipu orang awam dengan cara berjanji akan menguruskan urusan mereka dengan kadar segera dengan bayaran sejumlah wang tertentu. Ini RASUAH. Tetapi ramai juga yang termakan janji palsu Little Napoleon ini kerana mereka mungkin terdesak untuk mendapatkan atau mempercepatkan urusan mereka. Saya berikan contoh maklumat yang diterima. Sebuah Pihak Berkuasa Tempatan daerah di Sabah. Daerah mana biarlah dirahsiakan kerana saya bukan pengadu, tetapi orang yang mendapat maklumat sahaja. Maklumat ini tidak boleh dipakai di Mahkamah sebab ia adalah keterangan cakap dengar (hea...

MAAF...

Blog bakalpeguam memohon maaf kepada yang menghantar pertanyaan melalui ruangan komen atau emel dan masih belum disahkan atau dibalas kerana admin terikat dengan komitmen kerja. Insha Allah, semua komen dan emel tersebut akan dijawab dalam masa yang terdekat. Harap bersabar. Terima kasih.

SELAMAT BERSARA KETUA HAKIM NEGARA

Imej
Jumaat, 12 April 2019. Hari terakhir perkhidmatan YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara. Setelah 27 tahun berkhidmat sebagai Hakim, termasuk 12 tahun sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta 9 bulan sebagai Ketua Hakim Negara, dengan usia 66 tahun dan 6 bulan, beliau menamatkan perkhidmatan sebagai orang Nombor 1 badan Kehakiman negara. Daily Express 13 April 2019 muka surat hadapan Daily Express 13 April 2019 muka surat 2 Banyak rekod dipegang beliau, namun yang paling penting beliaulah anak jati Sabah yang pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Beliau jugalah yang memperkenalkan sistem e-filing, CRT dan CMS di Mahkamah Sabah dan Sarawak, program Mahkamah Bergerak dan terbaru sistem e-review dan sistem pengundian bagi panel Mahkamah Persekutuan. Beliau seorang hakim yang sangat tegas, berani dan berintegriti tinggi serta penuh dengan visi dan misi serta seorang yang sangat berdedikasi terhadap kerjaya. ...

PROSES MENDAPATKAN TARAF WARGANEGARA

Imej
Taraf kewarganegaraan telah dijelaskan secara terperinci di dalam Perlembagaan Persekutuan (PP). Ia adalah terletak dalam hak dan budibicara mutlak Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri. Jikalau para pembaca berkesempatan untuk ke kedai buku, carilah buku kecil ini. Tidak mahal pun, harga dalam RM10 sahaja. Paling mahal pun yang besar sikit adalah dalam RM29. Buku kecil inilah asas perundangan negara. Perlembagaan Persekutuan. Di dalam Bahagian 3 PP ini, telah dinyatakan bahawa terdapat 4 cara bagaimana taraf kewarganegaraan boleh diperolehi iaitu: 1. Melalui kelahiran dan keturunan (Perkara 14). 2. Melalui pendaftaran (Perkara 15, 16 dan 16A). 3. Melalui naturalisasi (Perkara 19). 4. Melalui penggabungan wilayah baru dalam Persekutuan (Perkara 22). Insya Allah nanti saya akan kupaskan satu persatu peruntukan-peruntukan di atas kerana keutamaan lain perlu didahulukan. Wallahu a'lam.

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

Imej
Assalamualaikum, Kecuali kepada golongan penjawat awam dan profesional, tiada dalam mana-mana undang-undang bertulis yang menyatakan bahawa orang awam yang hadir ke Mahkamah hendaklah berpakaian formal atas apa jua urusan. Tetapi, telah menjadi peraturan Mahkamah bahawa orang yang hadir berurusan di mana-mana Mahkamah hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Jikalau anda gagal untuk mematuhinya, kemungkinan perkhidmatan yang anda kehendaki tidak akan diberikan sehingga anda mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Adil, kan? Sumber gambar di SINI Jadi, sekiranya anda tahu bahawa pada hari itu anda mempunyai urusan di Mahkamah, lebih-lebih lagi jikalau anda terlibat dengan sesuatu kes dalam Mahkamah Terbuka (samada sebagai saksi, tertuduh, plaintif atau defendan) maka anda wajib memakai pakaian yang kemas, sopan dan bersesuaian. Mahkamah bukan pasar. Jadi jangan berpakaian seperti hendak ke pasar. Pakailah baju kemeja berkolar bagi lelaki. Kalau baju ...