Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

KISAH TUKANG GANTUNG DI PENJARA

Imej
Terjumpa artikel sangat menarik ini di SINI . Dan disalin semula seperti di bawah untuk kita jadikan pengajaran dan tauladan bersama. Menyingkap Kisah Tukang Gantung Di Jabatan Penjara Malaysia… December 24, 2013 hukuman gantung , Penjara 2   0   0     “Hukuman Gantung”. Mendengarnya sudah cukup menggerunkan. Bagaimana pula kalau bertugas sebagai tukang gantung? Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang “tugas khas”nya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau terlibat atau menjalankan sendiri penggantungan 103 orang banduan, lelaki dan wanita termasuk kes-kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping. Tugasnya terkini ialah warganegara Nigeria, kira-kira tiga tahun lepas akibat kesalahan dadah. “ Bukan mudah nak mengambil nyawa orang”, ujar pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa yang berusia 48 tahun itu dan telah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia. Sepanjang kira-kira dua jam perbualan, Samuel banyak b...

PERATURAN LAMAN WEB PEGUAMBELA SABAH

Imej
Adalah menjadi amalan undang-undang mantap bahawa tiada mana-mana peguam boleh mengiklankan dirinya atau firma guamannya dalam apa jua cara, termasuk menjadi 'ulat' untuk mendapatkan pelanggan. Namun, tahukah kita bahawa mulai 1hb Jun 2013, pengamal-pengamal undang-undang di Sabah boleh memuatnaik laman web di internet? Aku pun baru tahu ni. Ia setelah Peraturan-Peraturan (Laman Web) Peguambela 2013 / Advocates (Website) Rules 2013 dibuat melalui perintah Hakim Besar Sabah & Sarawak.  Untuk teks penuh klik di SINI . Memandangkan ia adalah undang-undang atau peraturan yang masih baru, ia memerlukan bacaan lanjut untuk difahami sungguhpun peraturan ini hanya mengandungi 13 perkara. Apa yang penting ialah mewujudkan satu laman web bagi seorang peguam atau sesebuah firma guaman di Sabah, pada masa ini, dan tertakluk kepada terma dan syarat seperti dikehendaki, adalah dibenarkan. p/s: Merry Christmas kepada semua penganut agama Kristian yang meraikan perayaan ini, terutama kepa...

KENAPA YURAN GUAMAN MAHAL?

Imej
Terbaca artikel ini di SINI  yang bertarikh 9 Oktober 2012 dan hati tertarik untuk berkongsi kandungannya. Soalan: Saya membeli rumah berharga RM87,000 dengan pinjaman RM79,000. Bakinya saya bayar tunai kepada peguam yang mewakili pemilik rumah. Selepas 70 peratus urusan pembelian selesai, saya amat terkejut apabila menerima invois guaman berharga RM5,100 yang saya rasakan amat tinggi untuk rumah kos rendah. Apakah nasihat Datuk? Sebenarnya apa yang masyarakat tidak tahu, kerjaya peguam adalah satu kerjaya profesional dan dilindungi dan dikawal oleh undang-undang, statutori yang ketat. Sebagai contoh Akta Profesion Undang-undang 1976, Perintah Saraan Peguam Cara 2005, Akta Setem 1949 dan juga Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Antara faktor penentu menetapkan kadar yuran biasanya adalah berdasarkan berapa banyak kerja yang telah dibuat, faktor risiko sesebuah tugasan, kesukaran kerja dan berapa lama masa yang diambil. Kebiasaannya peguam akan meminta bayaran pendahuluan s...

PEGAWAI SAINS KIMIA BOLEH BERI KETERANGAN DI MAHKAMAH

Imej
Klik Gambar untuk Melawat Sumber Berita Ini adalah berita yang baik bagi semua orang, lebih-lebih lagi kepada orang-orang yang dituduh di mahkamah-mahkamah jenayah kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam badan sendiri atau lebih juga dikenali sebagai 'positif air kencing'. Di Sabah, khasnya di Kota Kinabalu, melalui pengalaman sendiri, lebih 80% kes melibatkan penyalahgunaan dadah, samada kerana memiliki atau kerana mengambil dadah. Dan di sini, dadah yang paling popular adalah bersifat sintetik iaitu syabu atau nama popularnya 'ice' manakala nama saintifiknya amphetamine atau methamphetamine. Ia adalah satu kesalahan di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan, bolehlah dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun (sila ambil maklum bahawa peruntukan ini tidak menyediakan hukuman 'kedua-duanya sekali', bermakna mahkamah perlu memilih samada ingin memberikan hukuman denda atau penjara sahaja. Namun, jika gag...

DIVIDEN DAN BONUS ASB TAHUN 2013

Imej
Ini berita yang baru diterima (namun, pada saat anda membacanya, ia telah menjadi berita lapuk). Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera atau lebih popular dikenali sebagai ASB, bagi tahun kewangan berakhir 2013, ialah pada kadar 7.7 sen setiap unit. Manakala bonus pula diumumkan pada kadar 1.0 sen bagi setiap unit. Rujuk berita itu di SINI Jadi kepada semua pemegang unit amanah dalam ASB, tentunya sedang berkira-kira atau mencongak berapakah dividen yang diperolehi bagi tahun ini. Aku juga tidak terkecuali. Untuk kemudahan semua, terdapat kalkulator pengiraan dividen dan bonus ini dalam internet. Dan salah satu yang terbaik adalah di SINI Baiknya, ia adalah percuma. Jadi, sila mulakan kiraan anda. Senang dan mudah digunakan. Tepat? Kita tunggu dan lihat lepas update buku nanti.

KAD PENGENALAN PALSU: HUKUMAN BERBEZA

Imej
Terbaca dalam Kosmo Online hari ini: Denda RM5,000 sahaja? Setimpal dengan kesalahan tak? Bukankah kad pengenalan palsu menjadi kegusaran orang awam masa kini? Pagi tadi, aku juga berkesempatan mendengar kes orang menggunakan kad pengenalan palsu dan ini natijahnya: Penjara 9 bulan mulai tarikh tangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman (sebab dia memang warga asing). Namun, dalam kesalahan jenayah, adakah kita perlu asingkan atau memberi layanan berlainan antara seorang warganegara dan bukan warganegara? Adakah warganegara mendapat taraf istimewa dari segi hukuman berbanding bukan warganegara? Undang-undang mana yang kata sedemikian? Bagi kes di Putrajaya, diharap pihak pendakwaan memfailkan satu rayuan terhadap hukuman kerana ia tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Sudah semestinya mamat cha ya nun alif itu mampu untuk membayar denda sebanyak itu.  Sepatutnya masukkan dia ke dalam penjara kerana tiada sebab yang munasabah mengapa dia cuba memper...

PENDAPATAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN

Imej
Entri yang masih berkaitan dengan entri lepas berkaitan Pesuruhjaya Kehakiman. Disebabkan aku ada masa free sebab kes tangguh kerana OKT gagal hadir dengan beralasankan tidak sihat tanpa menunjukkan medical certificate (MC) dan dengan itu waran tangkap telah dikeluarkan (panjangnya intro bai) maka aku pun merajinkan diri untuk update sebentar bagi menunjukkan kepada anda berapakah pendapatan seseorang yang bekerja sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Sebelum itu pak, mau tanya ini, apa itu Pesuruhjaya Kehakiman a.k.a JC? Ya ampun, sorrrry, rupanya kita belum berkenalan lagi dengan JC ini ya. Okay, ringkas cerita, JC ini ialah seorang Hakim Mahkamah Tinggi (baca: sivil dan bukan syariah) yang belum disahkan jawatan lagi, tetapi beliau mempunyai atau diberi kuasa seorang Hakim Mahkamah Tinggi termasuk menjatuhkan hukuman mati (kau ada?). Fasal 122AB (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dengan jelas akan perlantikan dan bidang kuasa seseorang JC ini. Baca seperti di bawah: "(1) For ...

TAZKIRAH: RENUNGAN

Hari ini kita ketawa, esok lusa kita pasti menangis... Kematian adalah sesuatu yang amat menyedihkan kepada yang masih hidup. Itu pasti. Selamat Hari Jumaat!

KES RASUAH: RAYUAN SARJAN POLIS DITOLAK

Laporan The Borneo Post Online bertarikh 5 Disember 2013. Klik di SINI KOTA KINABALU: The High Court here affirmed the conviction and sentence of a police sergeant cum an assistant investigating officer against three convictions for bribery. Justice Ravinthran Paramaguru who dismissed an appeal by Hashim Mahzin, 56, held that there was no reason to interfere with the lower court’s decision. In upholding the decision, Paramaguru ruled that the sentence was adequate taking into account that the appellant is a policeman, who had abused his position. However, Paramaguru granted Hashim a stay of execution pending his appeal to the Court of Appeal and maintained his earlier bail, pending disposal of the case. On Jan 9 this year, the Corruption Court here sentenced the appellant to a total of 30 months’ jail and RM30,000 fine, in default, nine months’ imprisonment for three corruption charges committed four years ago. He was found guilty of the charges framed under Section Section 16 (a) (B)...

LELAKI JEPUN SAMAN HOSPITAL

Imej
Sumber di SINI Sekali baca rasa lucu pun ada. Tapi bila dua kali baca rasa kasihan pula dengan lelaki ini. Bila baca 3 kali, timbul persoalan undang-undang seperti berikut:- 1. Di Jepun tidak adakah undang-undang had masa (limitation period) sebagaimana di Malaysia atau negara-negara lain di dunia? Ini kerana kecuaian itu dikatakan berlaku 60 TAHUN dahulu. 2. Bagaimanakah standard pembuktian di Mahkamah Jepun? On the balance of probabilities atau dalam Bahasa Melayunya 'di atas imbangan kebarangkalian' (dalam Bahasa Jepun aku tak tahu. Ikut Uncle Gugel tulis 確率のバランスに) atau ada standard pembuktian yang lain memandangkan nampak mudah sangat lelaki berkenaan membuktikan kecuaian hospital itu. 3. Mahkamah mengarahkan pampasan dibayar sebanyak RM1.3 Juta (mengikut Uncle Gugel juga adalah sebanyak  ¥ 41,290,600.00). Persoalannya apakah kriteria yang diambil bagi mentaksir kerugian dialami oleh lelaki ini? Hanya Mahkamah Jepun yang punyai jawapannya. Ooopss... Selepas membaca perengg...

SIARAN AKHBAR PEJABAT HBSS

Masih berkenaan isu pertukaran pegawai kehakiman Sabah dan Sarawak. Entry awal berkaitan boleh didapati di SINI . Dalam laman web rasmi Kehakiman , pada 31 Oktober 2013, Pejabat Hakim Besar Sabah & Sarawak (HBSS) di Kuching telah mengeluarkan kenyataan akhbar rasmi berhubung isu yang dibangkitkan berkenaan pertukaran dan perpindahan pegawai-pegawai kehakiman Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Isu yang dibangkitkan boleh dibaca di SINI . Setakat yang aku tahu, aku tidak pasti samada siaran ini telah diterbitkan di mana-mana akhbar. Berikut adalah teks siaran akhbar yang juga boleh didapati di SINI . OFFICE OF THE CHIEF JUDGE OF THE HIGH COURT SABAH AND SARAWAK  KUCHING COURTS COMPLEX  KUCHING, SARAWAK  PRESS RELEASE  ISSUE OF TRANSFER OF JUDICIAL OFFICERS FROM SABAH AND  SARAWAK TO PENINSULAR MALAYSIA  Reference is made to the news report in the today’s Malay Mail (30th October 2013) under the heading “Sabah MP Wants Federal Court Chief Registrar...

MENGHADAPI PERTUDUHAN JENAYAH DI MAHKAMAH

Imej
Court Four at the Royal Courts of Justice London Sekiranya anda dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan jenayah, atau sekiranya anda diminta hadir ke mahkamah atas tujuan yang sama, adalah dinasihatkan untuk anda melakukan perkara-perkara berikut: Jika anda dalam tahanan polis dan terus dibawa ke mahkamah, di hadapan Hakim atau Majistret, anda katakan bahawa anda perlukan khidmat peguam dan mohon masa untuk dibenarkan melantik seorang peguam. Atau, jika anda tidak mampu, mohon untuk diberi tempoh masa bagi mendapatkan khidmat peguam dari Jabatan Bantuan Guaman atau Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Yang paling penting, jika anda datang seorang, mohon kepada mahkamah untuk anda dapat menghubungi ahli keluarga anda. Ini penting bagi urusan jaminan kelak. Saya percaya bahawa mana-mana mahkamah akan mengarahkan pihak polis untuk membantu anda dalam urusan menghubungi anggota keluarga anda. Sebelum hadap tuduh, jangan dengar apa-apa jua nasihat atau pujuk rayu dari sesiapa jua melai...

PHOTO: JENAMA DAN LOGO

Imej
Perhatikan apabila jenama dan logo ini diilustrasikan. Betapa tingginya kebergantungan mereka terhadap jenama dan logo. Microsoft vs Apple Coca Cola vs Pepsi Subway vs McDonald's Google vs Yahoo Ferrari vs BMW MasterCard vs Visa Kredit dan sumber di SINI okay.

TAZKIRAH: TAFAKUR SEBELUM TIDUR

Imej
Setiap malam sebelum kita merebahkan diri, sebelum kita melelapkan mata, sebelum diri diulit mimpi; bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri kita: "Apakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini? "Apakah sudah meningkat amalan kesolehanku pada hari ini? Putar dan putar kotak fikiran kita. Imbas kembali setiap gerak langkah pada sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Seandainya amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tidak kiralah sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia). Bukti ketaqwa semakin meningkat bukan pada banyaknya kerja yang kita lakukan pada hari itu tetapi kesungguhan kita di dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. Jika taqwa kita sudah meningkat, bererti kesolehan kita juga sudah meningkat kerana gabungan iman dan taqwa melayakkan seorang lelaki...