Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

MAHKAMAH HUJUNG MINGGU?

Sinar Harian bertarikh 18 Julai 2017 melaporkan seperti berikut: PUTRAJAYA - Kira-kira 1,600 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diberi kuasa untuk mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan  (EPO) bagi memberi pelindungan segera kepada mangsa keganasan rumah tangga,  kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Beliau berkata ia adalah antara lima pembaharuan yang akan dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan) 2017 yang dijangka dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga di Dewan Rakyat  pada sesi Parlimen akan datang. Melalui pindaan itu, katanya pegawai bertauliah itu diberi kuasa Ketua Pengarah JKM untuk mengeluarkan perintah sementara ex-parte yang berkuat kuasa seminggu kepada mangsa keganasan rumah tangga yang dalam keadaan kecemasan. “Kini semua pegawai JKM ini  sedang dan telah menjalani ...

GAJI DAN ELAUN KETUA HAKIM NEGARA

Sebelum ini saya sudah berbicara tentang gaji Pesuruhjaya Kehakiman di SINI dan gaji serta elaun Hakim Mahkamah Tinggi di SINI . Sekarang kita tengok pula gaji seorang Ketua Hakim Negara. Ini juga berdasarkan kepada peruntukan Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45) setakat 10 Julai 2017. Jom kita kira-kira.. Gaji pokok = RM36,000 Subsidi Elaun Rumah = RM5,000 (jika tidak tinggal di rumah fully furnished yang disediakan oleh kerajaan) Peruntukan Pembantu Rumah = RM3,000 Peruntukan Jagaan Halaman Rumah = RM4,100 (Setahun) Elaun Keraian = RM6,000 Elaun Khas Kehakiman = RM15,000 Menggunakan matematik mudah untuk perkara-perkara di atas (tidak termasuk peruntukan jagaan halaman rumah), Ketua Hakim Negara menerima gaji dan elaun sebanyak RM65,000 Sebulan!!! Itu belum termasuk keistimewaan-keistimewaan lain yang dinikmati oleh pentadbir kepada Badan Kehakiman negara ini, seperti berikut: Kenderaan rasmi kerajaan berserta semua aksesori dan petrol serta penyelengg...

GAJI DAN ELAUN HAKIM MAHKAMAH TINGGI

Sebelum ini saya sudah bercerita tentang gaji seorang Pesuruhjaya Kehakiman. Sila baca di SINI . Pesuruhjaya Kehakiman secara ringkasnya ialah 'Hakim Mahkamah Tinggi yang belum disahkan jawatan'. Mereka menjalankan tugas dan kuasa yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Tinggi, hanya nama jawatan sahaja sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Kalau Pesuruhjaya Kehakiman tidak menunjukkan prestasi yang baik, mereka tidak akan disahkan ke jawatan Hakim. Seperti dalam berita yang dilaporkan di SINI dan SINI . Hakim Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan setelah merujuk ke Majlis Raja-Raja. Sebelum menasihati Yang DiPertuan Agong, Perdana Menteri pula haruslah merujuk kepada Ketua Hakim Negara. Ini adalah berdasarkan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan, sebelum pelantikannya, seseorang hakim haruslah memiliki kelayakan berikut: iaitu dia mestilah seorang warganegara Malaysia dan ...

LAGI BERKENAAN LANJUTAN KONTRAK KETUA HAKIM NEGARA

 is for bro RW ... AMENDED VERSION WITH CORRECTIONS I saw the announcement this morning at 5 am and had a quick look at the law. Almost everyone thought Raus recommended himself and Zulkifli to be extended as "additional judges" under Article 122(1A) of the Federal Constitution(FC). He did not. The former CJ on the verge of retiring and possibly one of his last official act recommended both judges to be appointed "additional judges". He may have been influenced by the fact that the two top judges after him would have only 4 months and 6 months respectively to hold the two top posts. With that sort of limited time frame they would hardly warm up their new seats whatmore to execute a plan of judicial policy. The former CJ must have felt bad about this "flash in the pan" tenure as compared to his, which was more than 6 years. Moreover he had a few months ago used the same Article to bring back a recently retired Federal Court judge, Tan Sri Jefferey...

TAN SRI MD RAUS SHARIF DILANJUTKAN KONTRAK SEBAGAI KETUA HAKIM NEGARA

KENYATAAN MEDIA PELANTIKAN KETUA HAKIM NEGARA DAN PRESIDEN MAHKAMAH RAYUAN YANG MERUPAKAN HAKIM TAMBAHAN BAGI MAHKAMAH PERSEKUTUAN DI BAWAH FASAL (1A) PERKARA 122 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei 2017, telah memperkenankan seperti berikut: (i) YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif yang telah dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 3 tahun mulai 4 Ogos 2017 di bawah Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, terus memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan mulai tarikh danuntuk tempoh yang sama; dan (ii) YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin yang telah dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 2 tahun mulai 28 September 2017 di bawah Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekut...

TAZKIRAH RINGKAS: TUHAN ITU MAHA ADIL

Dalam dunia ini tentunya masih ada orang yang masih tidak percayakan Tuhan. Malah, ramai juga yang tidak percaya bahawa Tuhan yang ada hanyalah ALLAH yang Maha Esa, Tuhan yang satu dan tiada lain selayaknya disembah melainkan-Nya. Ayuh kita renungkan kenapa ada orang fikir Tuhan itu tidak wujud, atau kalau pun wujud Dia tidak adil. Bayangkan kita berada dalam situasi dituduh melakukan kesalahan, walhal kita tidak melakukannya pun. Kita hanya dituduh. Dan bukti yang ada pun tidak menyebelahi kita. Jadi di mata manusia kita tetap bersalah. Adakah itu adil? Tukar situasi. Seorang gadis menjadi mangsa rogol dan dia kenali perogol itu. Namun, akibat ketiadaan saksi dan kekurangan bukti yang ada, perogol itu didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Adakah itu adil? Atau situasi sebegini. Anda membeli sebidang tanah dari seseorang kemudian tuan tanah tersebut menjualkannya kepada orang lain dan tidak membayar kembali wang anda. Anda saman dia di mahkamah namun dia...

MENJADI PEGUAM DI NEGERI SABAH

Untuk rekod, saya bukan peguam. Namun, untuk rekod juga saya ialah seorang bakal peguam dan telah didaftarai dalam Roll of Advocates Negeri Sabah. Saya telah diterima masuk sebagai seorang peguam di Negeri Sabah pada 8 Mei 2013. Saya tidak menjalankan amalan guaman kerana pada masa ini saya bekerja dengan kerajaan. Sebagai seorang peguam di Sabah, anda memakai 2 topi iaitu seorang peguambela dan peguamcara dalam masa yang sama. Jikalau di England, seorang peguam hanya memakai satu topi dalam satu masa iaitu sebagai barrister atau solicitor. Maknanya, di Sabah, anda boleh beramal sebagai seorang peguam pembela di Mahkamah dan dalam masa sama sebagai peguamcara yang mengendalikan hal-hal dokumentasi perundangan. Bagaimana menjadi seorang peguam di Sabah? Jom kita sembang syarat kelayakan untuk menjadi seorang peguam khususnya di negeri Sabah. Terdapat perbezaan antara Majlis Peguam di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah kerana masing-masing mempunyai ...

SOALAN TYPICAL BUAT PEGUAM Ep. 1

1. Encik Peguam. Anda membela seorang penjenayah yang kejam. Tidakkah anda juga turut berdosa? J: Tuan, kerjaya peguam bukan semata-mata melepaskan penjenayah. Tetapi peguam berperanan sebagai pemudahcara kepada seorang tertuduh bagi menegakkan haknya di dalam mahkamah. Seorang tertuduh itu secara prinsipnya ialah tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya atau disabitkan oleh mahkamah. Sehingga itu tercapai, maka seorang peguam layak dan wajar membela anak guamnya. Soal dosa itu hanya Allah yang tentukan. Namun, selagi seorang peguam membela anak guamnya selaras dengan kehendak agama dan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana hukum, isu dosa tidak seharusnya timbul. Peguam hanya menjalankan tugasnya selaras dengan arahan anak guam dan undang-undang dan dia dibayar mengikut kerja yang telah diarahkan oleh anak guamnya. 2. Encik Peguam. Kenapa bayaran anda sangat mahal? J: Ada banyak faktor mempengaruhi yuran guaman. Ini termasuklah tahap kompleksiti atau kesusahan s...

TERMA MAHKAMAH SIVIL YANG ANDA PERLU TAHU

Ok, kali ini kita sembang pula sebahagian terma mahkamah bagi kes-kes sivil yang orang awam perlu tahu. Plaintif : ialah pihak yang menuntut dalam kes sivil, terutama bagi kes writ saman. Defendan : ialah pihak atau orang yang kena tuntut daripada pihak plaintif dalam kes sivil. Pemohon : juga seperti plaintif,ialah pihak yang memohon dalam kes-kes melibatkan saman pemula atau permohonan sivil, seperti semakan kehakiman. Responden : sama seperti defendan, tetapi ini dalam kes saman pemula atau permohonan sivil. Writ : ialah salah satu mode atau kaedah bagi memulakan tindakan sivil di Mahkamah iaitu saman yang difailkan oleh plaintif di Mahkamah dan akan diserahkan kepada defendan setelah ia dimeterai dan ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah. Ia akan disertakan sekali dengan penyata tuntutan. Kebiasaannya tindakan melalui writ ini melibatkan pertikaian fakta yang memerlukan campurtangan Mahkamah untuk membicarakan atau memutuskan kes berkenaan. Saman pemula :...

TERMA MAHKAMAH JENAYAH YANG ANDA PERLU TAHU

Untuk kes jenayah, terdapat beberapa terma mahkamah yang orang awam perlu tahu untuk memudahkan urusan di mana-mana mahkamah jenayah. Jom kita sembang sebahagian daripadanya. Pegawai pendakwa : ialah pegawai yang mengendalikan kes pendakwaan di Mahkamah. Ia terdiri daripada pegawai-pegawai polis atau pegawai-pegawai jabatan berkaitan. Mereka yang mengendalikan sebutan dan perbicaraan bagi setiap kes pendakwaan yang dijalankan di Mahkamah. Timbalan Pendakwaraya : juga dikenali sebagai Deputy Public Prosecutor (DPP) iaitu seorang pegawai undang-undang dari Jabatan Peguam Negara yang mempunyai kuasa memulakan, mengendalikan atau menamatkan sebarang kes jenayah di Mahkamah. Juga disebut sebagai TPR. Semua TPR mendapat keutamaan di dalam Mahkamah mengatasi pegawai pendakwa dan peguam-peguam swasta. Sebutan kali pertama : ini adalah proses hadap tuduh atau arraignment. Pada hari sebelum sebutan pertama di mahkamah, kebiasaannya anda akan dihubungi oleh pegawai penyiasat kes unt...

SEJARAH BAHARU KEPADA BADAN PEGUAM SABAH

Imej
Daily Express bertarikh 30 Jun 2017 Tahniah kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA) dan Office Bearer baharu yang mana SLA kini dikenali sebagai Sabah Law Society mulai 1 Julai 2017. Semoga terus maju jaya dalam memartabatkan profesion perundangan di Negeri Sabah ini.

JANGAN KACAU PEGUAM BUAT KERJA?

Imej
Kelmarin, Malay Mail Online melaporkan (dalam Bahasa Inggeris) seperti berikut: Don’t intimidate, harass lawyers at work, Bar says after Siti Kasim charged JUNE 29, 2017 KUALA LUMPUR, June 29 — Lawyers must be allowed to carry out their duties without harassment or intimidation, the Malaysian Bar said today after activist lawyer Siti Kasim was charged last week for allegedly obstructing a public servant. In a statement, Malaysian Bar president George Varughese (pic) said Siti had made it clear that she was a lawyer, and was therefore discharging her professional duty at the time of alleged offence. “Siti Kasim was present at the function in her capacity as an advocate and solicitor for the organisers and participants of the event. She had identified herself as a lawyer, and enquired about the basis for the raid. “As such, she was discharging her professional duties as a lawyer at the time that the alleged offence was said to have been committed,” George...