MAHKAMAH HUJUNG MINGGU?
Sinar Harian bertarikh 18 Julai 2017 melaporkan seperti berikut: PUTRAJAYA - Kira-kira 1,600 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diberi kuasa untuk mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) bagi memberi pelindungan segera kepada mangsa keganasan rumah tangga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Beliau berkata ia adalah antara lima pembaharuan yang akan dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan) 2017 yang dijangka dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen akan datang. Melalui pindaan itu, katanya pegawai bertauliah itu diberi kuasa Ketua Pengarah JKM untuk mengeluarkan perintah sementara ex-parte yang berkuat kuasa seminggu kepada mangsa keganasan rumah tangga yang dalam keadaan kecemasan. “Kini semua pegawai JKM ini sedang dan telah menjalani ...