Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

LELAKI JEPUN SAMAN HOSPITAL

Imej
Sumber di SINI Sekali baca rasa lucu pun ada. Tapi bila dua kali baca rasa kasihan pula dengan lelaki ini. Bila baca 3 kali, timbul persoalan undang-undang seperti berikut:- 1. Di Jepun tidak adakah undang-undang had masa (limitation period) sebagaimana di Malaysia atau negara-negara lain di dunia? Ini kerana kecuaian itu dikatakan berlaku 60 TAHUN dahulu. 2. Bagaimanakah standard pembuktian di Mahkamah Jepun? On the balance of probabilities atau dalam Bahasa Melayunya 'di atas imbangan kebarangkalian' (dalam Bahasa Jepun aku tak tahu. Ikut Uncle Gugel tulis 確率のバランスに) atau ada standard pembuktian yang lain memandangkan nampak mudah sangat lelaki berkenaan membuktikan kecuaian hospital itu. 3. Mahkamah mengarahkan pampasan dibayar sebanyak RM1.3 Juta (mengikut Uncle Gugel juga adalah sebanyak  ¥ 41,290,600.00). Persoalannya apakah kriteria yang diambil bagi mentaksir kerugian dialami oleh lelaki ini? Hanya Mahkamah Jepun yang punyai jawapannya. Ooopss... Selepas membaca perengg...

SIARAN AKHBAR PEJABAT HBSS

Masih berkenaan isu pertukaran pegawai kehakiman Sabah dan Sarawak. Entry awal berkaitan boleh didapati di SINI . Dalam laman web rasmi Kehakiman , pada 31 Oktober 2013, Pejabat Hakim Besar Sabah & Sarawak (HBSS) di Kuching telah mengeluarkan kenyataan akhbar rasmi berhubung isu yang dibangkitkan berkenaan pertukaran dan perpindahan pegawai-pegawai kehakiman Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Isu yang dibangkitkan boleh dibaca di SINI . Setakat yang aku tahu, aku tidak pasti samada siaran ini telah diterbitkan di mana-mana akhbar. Berikut adalah teks siaran akhbar yang juga boleh didapati di SINI . OFFICE OF THE CHIEF JUDGE OF THE HIGH COURT SABAH AND SARAWAK  KUCHING COURTS COMPLEX  KUCHING, SARAWAK  PRESS RELEASE  ISSUE OF TRANSFER OF JUDICIAL OFFICERS FROM SABAH AND  SARAWAK TO PENINSULAR MALAYSIA  Reference is made to the news report in the today’s Malay Mail (30th October 2013) under the heading “Sabah MP Wants Federal Court Chief Registrar...

MENGHADAPI PERTUDUHAN JENAYAH DI MAHKAMAH

Imej
Court Four at the Royal Courts of Justice London Sekiranya anda dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan jenayah, atau sekiranya anda diminta hadir ke mahkamah atas tujuan yang sama, adalah dinasihatkan untuk anda melakukan perkara-perkara berikut: Jika anda dalam tahanan polis dan terus dibawa ke mahkamah, di hadapan Hakim atau Majistret, anda katakan bahawa anda perlukan khidmat peguam dan mohon masa untuk dibenarkan melantik seorang peguam. Atau, jika anda tidak mampu, mohon untuk diberi tempoh masa bagi mendapatkan khidmat peguam dari Jabatan Bantuan Guaman atau Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Yang paling penting, jika anda datang seorang, mohon kepada mahkamah untuk anda dapat menghubungi ahli keluarga anda. Ini penting bagi urusan jaminan kelak. Saya percaya bahawa mana-mana mahkamah akan mengarahkan pihak polis untuk membantu anda dalam urusan menghubungi anggota keluarga anda. Sebelum hadap tuduh, jangan dengar apa-apa jua nasihat atau pujuk rayu dari sesiapa jua melai...

PHOTO: JENAMA DAN LOGO

Imej
Perhatikan apabila jenama dan logo ini diilustrasikan. Betapa tingginya kebergantungan mereka terhadap jenama dan logo. Microsoft vs Apple Coca Cola vs Pepsi Subway vs McDonald's Google vs Yahoo Ferrari vs BMW MasterCard vs Visa Kredit dan sumber di SINI okay.

TAZKIRAH: TAFAKUR SEBELUM TIDUR

Imej
Setiap malam sebelum kita merebahkan diri, sebelum kita melelapkan mata, sebelum diri diulit mimpi; bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri kita: "Apakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini? "Apakah sudah meningkat amalan kesolehanku pada hari ini? Putar dan putar kotak fikiran kita. Imbas kembali setiap gerak langkah pada sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Seandainya amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tidak kiralah sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia). Bukti ketaqwa semakin meningkat bukan pada banyaknya kerja yang kita lakukan pada hari itu tetapi kesungguhan kita di dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. Jika taqwa kita sudah meningkat, bererti kesolehan kita juga sudah meningkat kerana gabungan iman dan taqwa melayakkan seorang lelaki...

PEGUAM SYAR'IE

Imej
I wish someone could give me clarification and shed some light on this matter, particulaly the highlighted sentences. I am interested to be admitted as a Syar'ie lawyer in the state of Sabah, but have no idea on how to do it. Will need to write in to Ketua Hakim Syar'ie Negeri later, insya Allah. Update: I have sent an official email to Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Sabah this morning and around 2.00 p.m. he sent a reply as follows:- Waalaikumsalam Tuan. Mengenai permohonan peguam syarie, tuan boleh majukan surat permohonan secara rasmi kepada YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah. Sertakan bersama biodata pemohon dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan boleh berhubung terus dengan saya di no h/p 013XXXXXXX. Sekian, terima kasih. Means, I have to start writing the letter as soon as possible. Weee...

6 BULAN PENJARA KERANA KAD PENGENALAN PALSU DAN MILIK ORANG LAIN

1. Rabu, 13 November 2013, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor. Seramai 20 orang warga Indonesia termasuk 6 wanita yang bekerja sebagai penagwal keselamatan di negara ini, dijatuhi hukuman penjara 6 bulan kerana menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu dan milik orang lain sebagai pengenalan diri masing-masing. 2. Mengikut kertas pertuduhan, seramai 10 orang didakwa atas kesalahan memiliki kad pengenalan orang lain dan menggunakannya sebagai kad pengenalan untuk diri sendiri manakala selebihnya dituduh menggunakan kad pengenalan palsu yang mungkin diperolehi atau dibeli daripada sindiket atau individu yang tidak bertanggungjawab. 3. Apa yang lebih menyedihkan ialah kesemua kad pengenalan terbabit menggunakan alamat negeri SABAH. 4. Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang memperuntukkan seperti berikut: "(1) Any person who-        ...........        (e) without la...

PHOTO: IMPAK TAUFAN HAIYAN DI FILIPINA

Imej
Tacloban City, Leyte, Filipina. Untuk maklumat lanjut mengenai bandar ini klik di SINI Sebelum: Pemandangan biasa di sekitar bandar Tacloban City sebelum super typhoon Haiyan yang amat dahsyat itu membadai pada 8 November 2013. Tenang: Pemandangan sebelum taufan Haiyan melanda. Komposit digital daripada gambar-gambar yang diambil melalui Satelit Geostationary Japan Meteorological Agency menunjukkan taufan Haiyan sedang membadai Filipina. Gambar yang dikeluarkan oleh NASA dalam laman Twitternya menunjukkan Taufan Haiyan berada di atas Laut China Selatan dan sedang menuju ke arah Vietnam. Gambar yang dirakamkan oleh Astronout Karen L. Nyberg di atas International Space Station (ISS) menunjukkan tahap kebesaran super typhoon Haiyan. Selepas taufan Haiyan melanda, bandar ini umpama zon perang. Tahap kemusnahan di sekitar lapangan terbang Tacloban City, Filipina. Selepas: Perhatikan tahap kemusnahan selepas super typhoon ini membadai. Lawless: Kejadian curi adalah perkara biasa di kawasan b...

KES ROMPAK DAN BUNUH PEGAWAI AMBANK

Imej
Tahniah dan syabas kepada pihak Polis DiRaja Malaysia! Gambar suspek melalui rakaman CCTV di tempat kejadian pada hari yang amat menyedihkan itu. Pastinya semua orang terutama ahli keluarga mangsa berasa amat lega dengan tertangkapnya suspek utama kes ini. Dengan semangat dan kesabaran yang tinggi, akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua. Tapi suspek ini tidaklah sepandai tupai. Fikiran dan nafsunya lebih teruk dari binatang. Berlandaskan sifat tamak haloba, satu nyawa yang tidak berdosa melayang dalam keadaan begitu tragis dan menyedihkan. Selepas hampir 3 minggu kejadian yang mengejutkan seluruh Malaysia itu, suspek telah berjaya ditangkap pada hari Ahad, 10 November 2013 lebih kurang jam 7.00 pagi di sebuah kampung di Kota Tinggi, Johor, dipercayai sedang merancang untuk melarikan diri ke negara asalnya, Indonesia. Bangganya dia dengan senjata yang ditunjukkan secara haram dan tidak sah di sisi undang-undang. Kalau di negara China, senjata ini akan makan tuannya...

PARLIMEN: STATUS LAPANGAN TERBANG BARU DI LAHAD DATU

Imej
Berikut adalah print-screen dari Hansard Dewan Rakyat bertarikh 8 Julai 2013 Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-13 iaitu soalan lisan yang dijawab oleh Timbalan Menteri Pengangkutan berhubung status lapangan terbang baharu di Lahad Datu. Sila maklum bahawa teks atau naskhah ini belum disemak, jadi tidak dapat dipastikan samada akan ada perubahan atau tidak, justeru ini bukanlah teks atau naskhah akhir. Puas hati dengan jawapan Menteri? Pada pendapat aku sendiri aku tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan kerana 'lain yang disoal lain pula yang dijawab'. Jika kajian feasibility itu menelan belanja sehingga RM3.03 JUTA, maka tidak ada sebab mengapa ia tidak patut diterbitkan untuk bacaan orang awam, terutama pembayar cukai seperti kita. Menteri juga gagal menyatakan alasan kenapa hasil kajian tidak diterbitkan. Ada baiknya pihak kerajaan meneliti ungkapan kata-kata YB Kalabakan dalam isu ini. Teks penuh Hansard ini boleh diperolehi dari laman Dewan Rakyat. Klik di ...

JUDGMENT: KES MELIBATKAN KALIMAH ALLAH DI MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

MENTERI DALAM NEGERI & ORS v. TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP  OF KUALA LUMPUR COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA MOHAMED APANDI ALI JCA, ABDUL AZIZ RAHIM JCA, MOHD ZAWAWI SALLEH JCA [CIVIL APPEAL NO: W-01-1-2010] 14 OCTOBER 2013 ADMINISTRATIVE LAW:  Judicial review - Exercise of discretion - Exercise of discretion by Minister - Publication permit - Imposition of condition in permit - Power and function of Minister - Whether exercise of discretion reasonable - Whether valid and in accordance with law - Whether offending Wednesbury principles - Printing Presses and Publications Act 1984, ss. 6, 12, 26 - Printing Presses and Publications (Licences and Permits) Rules 1984, r. 3, First Schedule - Federal Constitution, arts. 3, 10, 11, 12 - Interpretation Acts 1948 and 1967, ss. 93, 95 ADMINISTRATIVE LAW:  Judicial review - Exercise of discretion - Exercise of discretion by Minister - Publication permit - Imposition of condition in permit - Newsletter of Catholic Church - Prohib...