BILA MANGSA TERUS MENJADI MANGSA
Assalamualaikum, Saya sudah berkhidmat dalam bidang perundangan selama lebih 16 tahun. Antara agensi yang paling dekat ialah Polis DiRaja Malaysia. Saya amat menyanjungi bidang kepolisan kerana bidang ini juga amat dekat dengan saya. Bapa saya bekas anggota polis. Berkhidmat lebih kurang 38 tahun dalam pasukan. Adik saya juga merupakan seorang anggota polis. Saya membesar di dalam berek polis. Jadi, bidang ini amat dekat di hati dan kehidupan saya. Kebelakangan ini kita disajikan dengan berita-berita kurang enak mengenai pegawai dan anggota polis. Berita melibatkan kes rogol di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak antara isu terbesar. Selain itu, anggota bersikap tidak profesional di Sekatan Jalanraya (SJR) juga mengambil tempat slot berita. Dan semalam, dikhabarkan ada pegawai polis yang mengkhinzirkan pegawai polis lain yang membuat SJR dan mentularkannya di media sosial. Entah di mana silapnya tetapi yang pasti ini bukan salah PDRM, tetapi salah individu yang bergelar pegawai dan a...