- Hari ini berkesempatan mengunjungi Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu dengan tujuan memperbaharui lesen memandu dan kemaskini buku ASB.
- Ini kerana proses memperbaharui lesen secara talian melalui portal MyEG tidak berjaya. Rujuk di sini.
- Apabila sampai, saya terus mengisikan borang Pelaburan Tambahan ASNB (ini alasan untuk update buku la ni. Sambil menyelam sambil minum air la katakan).
- Lepas itu aku ambil nombor giliran untuk ASNB. Dalam masa yang sama aku bertanyakan staf di kaunter samada boleh perbaharui lesen memandu atau tidak. Beliau dengan sopan dan ramah sekali menjawab "boleh." Saya pun mengambil nombor giliran untuk lesen memandu.
- Selepas itu, tidak sampai 10 SAAT saya duduk di hadapan kaunter, nombor giliran bagi perbaharui lesen dipanggil.
- Staf lelaki di kaunter 9 itu pun ramah dan bersopan. Beliau menyatakan saya perlu memperbaharui lesen ini selama tempoh 1 tahun dan 8 bulan dan dikenakan bayaran sebanyak RM47.00 sahaja. Saya bersetuju dan beliau mengembalikan baki RM3 dengan menghulurkan kedua belah tangannya.
- Proses memperbaharui lesen tidak sampai 3 minit. Siap!
- Selepas selesai di kaunter 9, juga tidak sampai 10 SAAT nombor giliran bagi kemaskini buku dan membuat pelaburan tambahan ASB dipanggil di kaunter 11. Staf wanita di kaunter ini juga ramah orangnya. Dan proses berada di kaunter ini tidak sampai 2 minit. Selesai!
Kesimpulannya, hari ini saya berasa sangat gembira dengan perkhidmatan Pos Malaysia di Kota Kinabalu. Kredit patut diberikan kepada staf-staf yang bertugas hari ini.
Dan satu cadangan yang saya ingin kemukakan ialah, jikalau boleh, sediakan perkhidmatan ATM, Cash Deposit Machine dan sebagainya bagi bank-bank terpilih atau bank terkemuka seperti Maybank, CIMB Bank dan sebagainya. Ini akan membuatkan lebih ramai pelanggan berurusan di Pejabat Pos dengan mudah dan selesa.
Bukankah POS itu juga membawa maksud
Pusat Operasi Setempat? Hehehe...
|
Resit bayaran yang diterima selepas proses memperbaharui lesen memandu selesai. |
Ulasan
Catat Ulasan