Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pos

Pengalaman Berurusan di Pejabat Pos

Imej
Hari ini berkesempatan mengunjungi Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu dengan tujuan memperbaharui lesen memandu dan kemaskini buku ASB. Ini kerana proses memperbaharui lesen secara talian melalui portal MyEG tidak berjaya. Rujuk di sini. Apabila sampai, saya terus mengisikan borang Pelaburan Tambahan ASNB (ini alasan untuk update buku la ni. Sambil menyelam sambil minum air la katakan). Lepas itu aku ambil nombor giliran untuk ASNB. Dalam masa yang sama aku bertanyakan staf di kaunter samada boleh perbaharui lesen memandu atau tidak. Beliau dengan sopan dan ramah sekali menjawab "boleh." Saya pun mengambil nombor giliran untuk lesen memandu. Selepas itu, tidak sampai 10 SAAT saya duduk di hadapan kaunter, nombor giliran bagi perbaharui lesen dipanggil. Staf lelaki di kaunter 9 itu pun ramah dan bersopan. Beliau menyatakan saya perlu memperbaharui lesen ini selama tempoh 1 tahun dan 8 bulan dan dikenakan bayaran sebanyak RM47.00 sahaja. Saya bersetuju dan beliau mengembalikan ba...