Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

REPORT POLIS ATAU KE HOSPITAL?

Imej
Ada seseorang bertanya kepada saya: Saya menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Suami memukul saya. Kalau begitu, apa perlu saya buat? Perlu ke hospital dulu atau buat report? Sumber gambar di SINI Jawapan saya: Sewajarnya puan ke Balai Polis untuk membuat laporan terlebih dahulu, dan selepas pegawai polis menerima aduan puan dan seorang pegawai penyiasat dilantik, puan akan dirujuk juga ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan pemeriksaan pegawai perubatan ini juga bertujuan untuk mendapatkan laporan perubatan sebagai bahan bukti. Kecuali : jikalau tahap kecederaan yang dialami adalah parah dan mungkin boleh mengancam nyawa, maka teruslah ke hospital terlebih dahulu. Proses selepas itu pula ialah pegawai penyiasat akan meneruskan siasatan, manakala puan pula bolehlah memohon perintah perlindungan sementara (Interim Protection Order atau IPO - bukan Interim Prime Minister ya) daripada Mahkamah Majistret. Perkara ini boleh dibe...

ANAK TIDAK SAH TARAF TIDAK BOLEH BERBINKAN BAPA

Imej
Assalamualaikum, Hari ini, 13 Februari 2020 Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di negara ini telah membuat keputusan secara majoriti 4-3 iaitu memutuskan bahawa anak seorang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh berbinkan bapanya. Sumber gambar di SINI Berita-berita ini boleh dibaca seperti di pautan-pautan di bawah: Berita Harian : Mahkamah Persekutuan putus kanak-kanak Islam tidak sah taraf tidak boleh dibinkan nama bapa Harian Metro : Tidak Boleh Bin atau Binti Bapa New Straits Times : Federal Court rules Muslim child conceived out of wedlock cannot use father's name The Edge Markets : Federal Court rules Muslim child conceived out of wedlock cannot bear father's name Ini sebenarnya berita baik kerana telah memenuhi tuntutan Syariah bahawa seseorang anak yang tidak sah taraf tidak boleh berbin atau berbintikan bapa kandungnya. Dan inilah yang diterjemahkan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini. Cuma agak janggal pula apabila Mah...

MEMAKAI PAKAIAN ASKAR

Imej
Sumber gambar di SINI Seksyen 140 Kanun Keseksaan menyatakan: "Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau askar udara dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang DiPertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau askar udara itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa dia adalah seorang askar, kelasi atau askar udara itu, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 3 bulan, atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000, atau dengan kedua-duanya." Peruntukan undang-undang ini bermaksud sesiapa jua, samada warganegara ini atau bukan warganegara, memakai pakaian atau membawa apa-apa tanda (contoh pangkat, lambang, epaulette dsb) yang menyerupai seorang askar dengan niat untuk orang lain mempercayai bahawa dia itu seorang askar (TDM, TLDM atau TUDM), maka dia melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawa...

GADUH-GEMPAR

Imej
Seksyen 159 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa: "Apabila 2 orang atau lebih, mengganggu ketenteraman awam, dengan bergaduh di tempat awam, mereka adalah dikatakan "melakukan suatu gaduh-gempar". Seksyen 160 Kanun Keseksaan pula menyatakan bahawa: "Barang siapa melakukan suatu gaduh-gempar hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 6 bulan, atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000, atau dengan kedua-duanya." Sumber gambar di SINI Jadi, jikalau anda didapati bergaduh, mencari gaduh atau dicari gaduh oleh seseorang di tempat awam, samada secara sengaja atau tidak sengaja, walaupun tiada kecederaan pada mana-mana pihak dan mengganggu ketenteraman awam, anda boleh didakwa atas kesalahan melakukan gaduh-gempar atau dalam bahasa orang putihnya disebut sebagai " committing affray " atau juga disebut sebagai " street fight ." Tidak kiralah siapa yang memulakan pergaduhan itu dahulu, itu bukan isunya....

PRINSIP MENJATUHKAN HUKUMAN

Imej
Assalamualaikum, Apabila melibatkan kes jenayah, ramai yang bertanya berapakah hukuman sesuatu kesalahan itu. Apakah sebenarnya prinsip atau asas yang dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman? Saya selalu mengatakan bahawa proses jatuh hukum itu adalah hak dan budi bicara mahkamah. Tiada sesiapapun, hatta peguam terhebat sekalipun boleh menjanjikan berapakah hukuman yang akan dikenakan ke atas seseorang, kecuali dalam sesetengah keadaan, contohnya plea bargaining. Selain dari itu, ia boleh dikatakan hak mutlak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman. Dan di dalam kes di bawah ini, Hakim Hashim Yeop A. Sani telah mengatakan bahawa setiap kes adalah berbeza dari segi meritnya, dan tiada kes yang akan serupa walaupun mungkin melibatkan keadaan yang sama. Bermakna, hukuman juga boleh jadi adalah berbeza mengikut merit kes itu sendiri. Pun begitu, mahkamah hanya boleh menjatuhkan hukuman mengikut kadaran yang ditetapkan oleh undang-undang sahaja. Apak...