Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

DILEMA WARGA TANPA NEGARA DI SABAH

Imej
Stateless. Sumber di SINI Taraf yang diberikan kepada mereka yang lahir di Sabah tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah keadaan hidup mereka. Kebanyakan hidup miskin, tinggal di kawasan setinggan, tiada pekerjaan kerana kalau keluar bekerja perlukan dokumen (sekurang-kurangnya IC merah!). Tidak tahan dengan cabaran hidup tanpa dokumen, ramai yang menjadikan kegiatan jenayah sebagai pekerjaan atau melepaskan geram. Ada yang ambil syabu, menjual syabu, mencuri, merompak. Tetapi sekurang-kurangnya, kaum Palauh yang hidup meminta-minta hatta di tengah jalanraya panas terik tidak pula kedengaran melakukan kegiatan merompak ini. Ramai juga yang tidak melakukan kegiatan jenayah tetapi akhirnya ditangkap Polis, ditangkap Imigresen. Akhirnya, dibawa dan dituduh di Mahkamah kerana 'masuk ke negeri Sabah tanpa memiliki dokumen' dan kesalahan dibawah Akta Imigresen, walhal mereka tidak masu...

JANGAN D.I.Y ISU UNDANG-UNDANG

Imej
Assalamualaikum, Zaman serba maju ini ramai orang mahukan buat semua perkara sendirian bagi menjimatkan kos. Walaupun tanpa ijazah sarjana muda, atau tanpa pengalaman yang ada, cukup sekadar menonton Youtube atau bertanyakan Mr Google. Malah, kalau masalah yang dihadapi itu boleh dibeli di kedai Mr DIY, semuanya OK saja. Sumber gambar di SINI Tetapi, ada perkara yang tidak boleh anda DIY (do it yourself - buatlah sendiri), kerana apabila anda melakukannya tanpa ilmu yang secukupnya, maka anda sebenarnya menempah kesusahan. Perkara-perkara seperti perubatan (walaupun ubat boleh dibeli di farmasi), pertukangan (walaupun alat boleh dibeli di kedai), undang-undang (walaupun buku boleh dibeli di kedai) memang boleh dibeli, tetapi untuk menyelesaikannya secara DIY adalah agak mustahil. Ada sebab kenapa profesion ini perlu diselesaikan atau dibuat oleh orang yang profesional sahaja dan antara sebabnya adalah seperti berikut: Penafian: saya hanya ulas dari sudu...

MARSHAL KONVOI TIDAK BOLEH MENGHALANG LALULINTAS

Imej
Assalamualaikum, Berita dipetik dari suratkhabar Daily Express hari ini (25.9.2018) Sesiapa yang biasa memandu ada kalanya akan berdepan dengan situasi diberhentikan atau dilencongkan oleh 'marshal' tidak bertauliah ini. Hatta orang konvoi kahwin pun kadang-kadang mereka upah marshal bermotorsikal untuk mengiringi 'VIP sehari' ini. Seperti dinyatakan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), perkhidmatan marshal ini perlulah diiringi oleh pihak polis trafik sendiri. Marshal tidak bertauliah ini tiada kuasa di sisi undang-undang untuk menyuraikan atau melencongkan kenderaan lain semasa di atas jalanraya. Sekiranya anda berdepan dengan situasi ini, anda bolehlah ingkar apa juga arahan marshal ini kerana ia sebenarnya menyusahkan kita sebagai pengguna. Dan seperti dinyatakan, marshal tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang. Jika berlaku kemalangan? Maka marshal ini perlulah bertanggungjawab sepenuhnya atas apa juga kerosakan atau kecederaan...

SALAM MAAL HIJRAH 1440H

Imej
Assalamualaikum, Sumber gambar di SINI Ringkas saja. Esok, 11 September 2018 bersamaan 1 Muharram 1440H. Salam Awal Tahun, Salam Maal Hijrah daripada saya, bakalpeguam kepada pembaca blog ini. Semoga tahun baharu ini lebih baik kepada kita semua dari tahun-tahun sebelumnya. DOA AKHIR TAHUN DOA AWAL TAHUN Sumber gambar-gambar di atas adalah di SINI Wassalam.

VIRAL: PROGRAM KHIDMAT RAKYAT PARTI WARISAN TAWAU

Imej
Assalamualaikum, Terima gambar ini melalui aplikasi Whatsapp beberapa hari lepas.  Program ini nampaknya sangat bagus dan diadakan pula bertepatan dengan Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia. Maaf, tiada kredit untuk gambar ini kerana diterima melalui group dalam aplikasi Whatsapp. Namun, timbul beberapa persoalan dan pertanyaan daripada saya seperti berikut:- 1. Adakah program ini mendapat pengiktirafan kerajaan Negeri (yang bertanggungjawab terhadap sijil lahir daftar lewat) dan kerajaan Persekutuan (yang bertanggungjawab dalam isu kewarganegaraan)?? 2. Adakah ini bermaksud terdapat ahli-ahli Parti Warisan atau keluarga mereka yang tidak mempunyai Mykad (kerana kononnya tertangguh?) atau masih belum mendapat hak kewarganegaraan?? 3. Sekiranya program ini TIDAK mendapat restu kerajaan, bagaimanakah banner ini boleh sewenang-wenangnya menggunakan jata rasmi Kerajaan Negeri Sabah?? Ti...

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH BAHAGIAN 2

Imej
Assalamualaikum, Kredit gambar dari laman web ini Ramai yang bertanya soalan-soalan ini:- 1. Adakah penjamin perlu hadir setiap kali tarikh sebutan/perbicaraan ditetapkan oleh Mahkamah? 2. Bagaimanakah cara membuat tuntutan jaminan? 3. Apakah yang berlaku kepada penjamin sekiranya OKT gagal hadir semasa tarikh sebutan/perbicaraan? 4. Adakah wang jaminan boleh ditukar atau dijadikan wang untuk membayar denda? Saya akan jawab secara ringkas saja di sini soalan-soalan di atas berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. 1. Penjamin TIDAK PERLU hadir setiap kali tarikh sebutan/perbicaraan ditetapkan oleh Mahkamah. Namun, sebagai penjamin OKT, seseorang penjamin itu BERTANGGUNGJAWAB untuk memastikan kehadiran OKT pada setiap tarikh yang ditetapkan itu. 2.Tuntutan bayaran balik wang jaminan hanya boleh dibuat SELEPAS kes melibatkan OKT itu selesai dan Mahkamah telah membuat perintah bahawa wang jaminan itu dikembalikan kepada penjamin. Maksud kes sel...