Ada orang bertanya kepada saya: "Kenapa dalam kes jenayah, setiap hukuman berbeza walaupun kesalahan dilakukan sama? Kadang-kadang kes yang serius dapat hukuman ringan, tapi kes yang nampak ringan dapat hukuman berat?" Sangat bagus soalan itu. Perbezaan dalam menjatuhkan hukuman adalah perkara biasa. Ia berlaku di serata dunia hatta di dalam kawasan yang sama di mana terdapat lebih dari 2 mahkamah pun, hukuman yang dijatuhkan tetap wujud perbezaan. Walaupun nampak berbeza, namun selagi ia masih dalam ruang lingkup peruntukan undang-undang, ia tidak salah dan masih sah. Banyak faktor yang perlu diambil dalam menjatuhkan hukuman. Oleh kerana kes jenayah ini adalah kes terhadap negara (state), maka kepentingan orang awam secara keseluruhan harus diambil. Kata orang politik, kepentingan rakyat! Kes jenayah selalu mendatangkan ketakutan, kegusaran dan kegemparan dikalangan orang awam. Contohnya kes ragut. Mangsa ragut mungkin seorang individu, tetapi dia juga seorang orang awam a...