SALAH GUNA ROAD TAX?

#SembangTrafik

SALAH GUNA LESEN KENDERAAN MOTOR

Mungkin ramai yang tidak tahu membawa barangan perdagangan menggunakan kenderaan milik persendirian dan tidak didaftarkan atas nama syarikat merupakan satu kesalahan. 

Tindakan tersebut telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menggunakan cukai jalan perdagangan pada kenderaan lain.

Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#SembangTrafikPDRM
#14052020

Sumber: FB Polis DiRaja Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH