Lagi Tentang Daftar Lewat Sijil Lahir: Soal Jawab (Bhgn. 1)
1. Anda atau anak anda lahir di Sabah? Cuba semak balik sijil lahir anda atau anak samada tertera perkataan "Daftar Lewat Kelahiran" atau "Daftar Lewat" atau "Late Registration" di muka hadapan (samada di sebelah atas atau bawah sijil lahir berkenaan). 2. Sekiranya ada, dan anda masih belum membuat kad pengenalan, anda akan dibelenggu masalah untuk mendapatkan pengesahan dari Majistret Kelas Pertama terlebih dahulu sebelum sebarang permohonan kad pengenalan dapat diproses oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara. 3. Kenapa perlu pengesahan? Kerana sijil lahir anda atau anak anda telah didaftarkan di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang Negeri Sabah iaitu dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran itu berlaku. Butir-butir kelahiran yang terdapat dalam sijil lahir itu seperti nama, nama bapa, nama ibu, tarikh kelahiran, tempat kelahiran, bangsa dan sebagainya perlu disahkan bahawa ia adalah tepat dan betul serta dimiliki oleh pembawa sijil lahir itu....