Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Insuran Kemalangan Kenderaan: Menyenangkan atau Menyusahkan?

Hari ini dalam akhbar thestar online dibincangkan mengenai perlindungan insurans kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas dan terlibat dengan kemalangan. Tahukah anda bahawa peraturan Bank Negara bahawa bagi kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas yang terlibat dengan kemalangan, peralatan ganti yang harus digunakan ialah samada ia baru atau barangan terpakai? Aku pun baru tahu ni. Pun begitu, bagi alat ganti baru, pengguna atau pemilik kenderaan sendiri perlu menanggung sendiri "betterment charges" iaitu pihak insurans hanya akan menanggung nilai alat ganti "second hand" atau "used parts" itu ataupun nilai qualiti alat ganti yang sama dengan kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas itu.  Masalah dan dilema yang dihadapi oleh pengguna atau pemilik kenderaan ialah: dipihak insurans, syaratnya adalah seperti di atas. Namun, dipihak panel bengkel pula, mereka akan menggunakan alat ganti tiruan atau "imitation parts" dan akan mendakwanya atau menuntut kadar ...

Isu Minggu Ini: Sex Blogger

Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ni. Sebabnya? Aku terlalu sibuk dengan kerjaku yang membawa aku ke sana dan ke sini sehinggakan kerjaku sendiri di office berlambak-lambak dan tertunggak. Tidak lama lagi akan dibisingkanlah aku oleh bosku yang garang itu... Haha. Anyway, terdapat isu menarik minggu ini yang menjadi kegilaan ramai terutama penduduk Malaysia dan di Singapura. Ia berkaitan dengan sex blogger yang juga menamakan diri mereka sebagai Alvivi atau Sumptuous Erotica . Maaf ya, sekiranya anda mencari blog ini yang menggunakan platform tumblr , ia tidak akan dijumpai lagi kerana telah dipadamkan oleh pemiliknya yang pengecut itu. Ceritanya bermula apabila blog ini dihidu oleh pihak media di Singapura dan dikeluarkan dalam akhbar-akhbar arus perdana di sana. Disebabkan salah seorang pelaku sumbang ini rakyat Malaysia, maka tempias isu ini juga menjadi hangat di negara kita. Ia melibatkan 2 ekor binatang  orang berbangsa Cina bernama Alvin Tan Jye Yee, jantan berumur 24 ...

News: Mobile Court in Sabah

Home  -  News  -  Sabah Mobile court resolves 95 per cent of late birth  registration Posted on  June 26, 2012, Tuesday SIPITANG: The mobile court concept, introduced in Sabah and Sarawak, has been able to resolve 95 per cent of cases involving late registration of births in rural and interior areas of Sabah, since its setup in 2007. Kota Kinabalu High Court deputy registrar Amir Shah Amir Hassan said almost 200 cases were lodged with the mobile court during its visits to several locations in the Sipitang district. Amir Shah said cases handled by the mobile court were not confined to only endorsement of birth certificates, but also to hear criminal cases for mention, registration of civil cases and as commissioner of oath. “Actually, we extend the functions of the court outside the office to the rural folk,” he told reporters at the two-say Mobile Court programme at Kampung Long Pasia, about 123km from here. Kampung Long Pasia, with a population of about 50...

Keistimewaan Diisytiharkan Sebagai Bankrap?

Hah, orang bankrap ada keistimewaan? Biar betul??? Nah, baca ni: BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang – sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang. Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri. JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap. Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghak...

Venus Transit

Imej
Venus transit atau transit planet Zuhrah dapat disaksikan oleh penduduk dunia hatta di negeri Sabah ini pada 6 Jun 2012 bermula seawal matahari pagi terbit. Ia fenomena ciptaan Allah s.w.t yang sangat berguna buat manusia untuk mengkaji dan menghayati kebesaran-Nya. Kali terakhir transit yang boleh dilihat daripada Bumi ini berlaku pada 8 Jun 2004 dan selepas ini, umat manusia akan hanya dapat menyaksikan lagi kejadian ini pada tahun 2117. Ya, diulang, pada tahun 2117 iaitu hampir 105 tahun kemudian! Sedikit info berkenaan planet Zuhrah bersumberkan dari Wikipedia Zuhrah  atau 'Venus' atau 'Kejora' adalah  planet  kedua terdekat kepada  Matahari , mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa inggeris, planet ini dinamakan bersempena  Venus , Tuhan cinta  Rom . Ia merupakan objek semulajadi y...

Daulat Tuanku!

Imej
Kita tahu dan sedar, sebagai rakyat Malaysia, negara kita mengamalkan sistem pentadbiran negara beraja dan berperlembagaan. Perkataan kerajaan itu saja pun sudah menunjukkan wujudnya raja dalam sistem pemerintahan kita. Ini kerana kita masih membudayakan amalan sejarah raja-raja yang telah wujud sejak berkurun lamanya. Pada zaman ini, sistem pemerintahan beraja amat kritikal. Bukan kerana sistem itu bermasalah, tapi kerana rakyat bersikap chauvinis yang memulakan masalah. Inilah sikap orang yang tidak tahu asal-usul, bercita-cita untuk menjadi pemerintah tanpa memikirkan perasaan orang lain atau memahami budaya dan sejarah tempatan. Ia umpama kita bertandang menjadi tamu di sebuah rumah. Adakah kita akan terus masuk dengan berkasut tanpa mengetuk pintu dan memberi salam serta terus ambil makanan dan minuman tanpa minta kebenaran? Apakah perasaan tuan rumah bila diperlakukan sedemikian? Kalau ditukar keadaannya, yang tamu menjadi tuan rumah pula, adakah dia juga sanggup diperlakukan sed...

Iklan AirAsia yang mengelirukan?

Imej
Menonton iklan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia (AA) di atas mulanya agak menyeronokkan. Apatah lagi ia disajikan dengan lagu Bruno Mars, lagu yang agak sesuai dengan tema dan mengasyikkan. Tapi sedarkah kita bahawa iklan ini agak mengelirukan, sama seperti strategi pemasaran mereka yang selalu mengelirukan orang mengenai bayaran tambang yang selalu memomokkan ianya murah? Bahagian manakah yang mengelirukan itu? Tekalah! Jawapannya ialah lapangan terbang yang ditunjukkan. Anda lihat pramugara dan pramugari yang perasan ala-ala glamer tu berjalan di lapangan terbang bertaraf premium, bukan? Adakah ia realiti yang sebenar? Semestinya tidak kerana AA adalah jagoan pengguna terbesar lapangan terbang tambang murah atau lebih glamer dikenali sebagai LCCT. Dan bagi anda yang selalu ke LCCT seperti saya (setiap minggu terbang dengan AA tau!), tentunya kita tahu apakah taraf terminal ini yang terlalu murah dan tidak setanding dengan apa yang digambarkan dalam iklan tersebut. Entah sam...