SYAITAN BERTOPENG MANUSIA
Assalamualaikum, Membaca berita online pagi ini rasa amat marah dan menyedihkan. Link berita asal di SINI . Bayangkan seorang bapa (walaupun bapa tiri) yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga dan membimbing isteri dan anak tiri tetapi sanggup mengkhianati amanah itu dengan mengambil kesempatan pula merogol anak yang tidak berdosa. Seawal umur 12 tahun anak ini telah diragut dan disentap kehormatan diri dan masa depannya oleh manusia durjana ini. Sebanyak 105 kali sejak 2 tahun lalu! Subhanallah. Purata seminggu sekali dirogolnya budak ini. Dan akhirnya Mahkamah telah mensabitkannya bersalah di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan atas pengakuan bersalahnya sendiri bagi semua 105 pertuduhan itu kerana melakukan sumbang mahram dan dijatuhkan hukuman penjara minimum 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan dengan sebatan. Dan Mahkamah perintahkan hukuman itu berjalan secara berasingan, iaitu one after another. Dengan kata lain, tertuduh ini akan meringkuk di dalam penjara sepanjang hayat...