Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penjara

HUKUMAN MATI BAGI MENGEDAR DADAH TIDAK LAGI MANDATORI

Imej
Assalamualaikum, Tidak pasti samada ini berita gembira atau tidak kepada pengedar dadah dan ahli keluarga mereka. Bermula 15 Mac 2018 , Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang sebelum ini memperuntukkan hukuman gantung sampai mati kini tidak lagi mandatori atau wajib di Malaysia. Sumber gambar di SINI Ini kerana Parlimen telah menggubal undang-undang ini dan memberikan pilihan kepada Hakim samada memberikan perintah hukuman gantung atau hukuman penjara dan sebatan rotan. Peruntukan Seksyen 39B (2) ADB 1952 sebelum ini menyatakan: "Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhkan hukuman mati." Namun, melalui peruntukan Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017, ia dinyatakan seperti berikut: "2. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam Seksyen 39B -  (a) deng...

KISAH TUKANG GANTUNG DI PENJARA

Imej
Terjumpa artikel sangat menarik ini di SINI . Dan disalin semula seperti di bawah untuk kita jadikan pengajaran dan tauladan bersama. Menyingkap Kisah Tukang Gantung Di Jabatan Penjara Malaysia… December 24, 2013 hukuman gantung , Penjara 2   0   0     “Hukuman Gantung”. Mendengarnya sudah cukup menggerunkan. Bagaimana pula kalau bertugas sebagai tukang gantung? Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang “tugas khas”nya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau terlibat atau menjalankan sendiri penggantungan 103 orang banduan, lelaki dan wanita termasuk kes-kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping. Tugasnya terkini ialah warganegara Nigeria, kira-kira tiga tahun lepas akibat kesalahan dadah. “ Bukan mudah nak mengambil nyawa orang”, ujar pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa yang berusia 48 tahun itu dan telah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia. Sepanjang kira-kira dua jam perbualan, Samuel banyak b...