60 ORANG BANKRAP SETIAP HARI DI MALAYSIA?
Sumber gambar di SINI 1. Pada 31 Oktober 2013 yang lepas, Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Nancy Shukri menyatakan seramai 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 34.31%. 2. Bila melihat angka-angka ini, ia adalah sesuatu yang menggerunkan juga apabila rakyat Malaysia sebenarnya tidak pandai menguruskan kewangan atau menguruskan hutang piutang. 3. Dilaporkan juga bahawa sehingga September 2013, seramai 16,306 orang telah diisytiharkan bankrap untuk tahun ini sahaja. Jumlah dari tahun 2007 sehingga September 2013 telah mencatatkan seramai 116,488 diisytiharkan bankrap. 4. Dalam tempoh masa 2007 hingga 2013 itu, kaum Melayu dan Cina merupakan kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing 45.10% atau 52,535 orang dan 32.97% atau 38,407 orang. Kaum India pula mencatatkan 12.63% atau 14,710 orang manakala lain-lain kaum sebanyak 9.30% atau 10,83...