Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kementerian

RELEVANKAH KEMENTERIAN UNDANG-UNDANG SABAH?

Imej
Assalamualaikum, Masih belum terlewat untuk bakalpeguam mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan al Mubarak bagi tahun 1439H ini. Ramadhan Kareem. Dan masih juga belum terlewat bakalpeguam ucapkan Tahniah dan Syabas kepada Parti Warisan Sabah yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang telah memenangi Pilihanraya Umum ke-14 bersama Pakatan Harapan Sabah pada 9 Mei 2018 seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-15 pada 12 Mei 2018. Sungguhpun pada awalnya kemungkinan wujudnya krisis Perlembagaan terhadap pelantikan tersebut, namun sehingga hari ini ia telah nampak sedikit reda. Mungkin disebabkan oleh menghormati bulan yang mulia ini. Jata Rasmi Negeri Sabah Umum mengetahui bahawa YAB Ketua Menteri telah melantik para Jemaah Menteri dan Pembantu Menteri Negeri Sabah bagi menerajui Kementerian masing-masing.  Apa yang menarik ialah wujudnya satu daripada tiga Kementerian baharu, iaitu Kemente...

PARLIMEN: STATUS LAPANGAN TERBANG BARU DI LAHAD DATU

Imej
Berikut adalah print-screen dari Hansard Dewan Rakyat bertarikh 8 Julai 2013 Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-13 iaitu soalan lisan yang dijawab oleh Timbalan Menteri Pengangkutan berhubung status lapangan terbang baharu di Lahad Datu. Sila maklum bahawa teks atau naskhah ini belum disemak, jadi tidak dapat dipastikan samada akan ada perubahan atau tidak, justeru ini bukanlah teks atau naskhah akhir. Puas hati dengan jawapan Menteri? Pada pendapat aku sendiri aku tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan kerana 'lain yang disoal lain pula yang dijawab'. Jika kajian feasibility itu menelan belanja sehingga RM3.03 JUTA, maka tidak ada sebab mengapa ia tidak patut diterbitkan untuk bacaan orang awam, terutama pembayar cukai seperti kita. Menteri juga gagal menyatakan alasan kenapa hasil kajian tidak diterbitkan. Ada baiknya pihak kerajaan meneliti ungkapan kata-kata YB Kalabakan dalam isu ini. Teks penuh Hansard ini boleh diperolehi dari laman Dewan Rakyat. Klik di ...

Daftar Lewat Sijil Lahir Di Sabah: Kerjasama Kementerian Kesihatan

1. Dalam zaman serba moden ini, sewajarnya tiada alasan untuk kita tidak mempunyai surat pengesahan terhadap sesuatu yang penting berlaku dalam hidup kita. 2. Kelahiran dan kematian adalah suatu perkara atau kejadian yang sangat penting. 3. Atas sebab itu, dipohon kerjasama pihak Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan surat pengesahan bersalin terhadap semua kelahiran yang berlaku samada di hospital atau klinik kerajaan dan swasta untuk simpanan dan rujukan ibubapa bagi mengelakkan kesulitan terutamanya kepada pihak mahkamah dalam menjalankan inkuiri daftar lewat sijil lahir, terutamanya di negeri Sabah. 4. Adalah lebih molek jika perkara ini diwajibkan. Ini juga dapat mengelakkan penyalahgunaan proses oleh mereka yang tidak berkenaan, terutamanya pendatang asing tanpa izin.