6 BULAN PENJARA KERANA KAD PENGENALAN PALSU DAN MILIK ORANG LAIN
1. Rabu, 13 November 2013, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor. Seramai 20 orang warga Indonesia termasuk 6 wanita yang bekerja sebagai penagwal keselamatan di negara ini, dijatuhi hukuman penjara 6 bulan kerana menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu dan milik orang lain sebagai pengenalan diri masing-masing. 2. Mengikut kertas pertuduhan, seramai 10 orang didakwa atas kesalahan memiliki kad pengenalan orang lain dan menggunakannya sebagai kad pengenalan untuk diri sendiri manakala selebihnya dituduh menggunakan kad pengenalan palsu yang mungkin diperolehi atau dibeli daripada sindiket atau individu yang tidak bertanggungjawab. 3. Apa yang lebih menyedihkan ialah kesemua kad pengenalan terbabit menggunakan alamat negeri SABAH. 4. Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang memperuntukkan seperti berikut: "(1) Any person who- ........... (e) without la...