MARSHAL KONVOI TIDAK BOLEH MENGHALANG LALULINTAS

Assalamualaikum, Berita dipetik dari suratkhabar Daily Express hari ini (25.9.2018) Sesiapa yang biasa memandu ada kalanya akan berdepan dengan situasi diberhentikan atau dilencongkan oleh 'marshal' tidak bertauliah ini. Hatta orang konvoi kahwin pun kadang-kadang mereka upah marshal bermotorsikal untuk mengiringi 'VIP sehari' ini. Seperti dinyatakan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), perkhidmatan marshal ini perlulah diiringi oleh pihak polis trafik sendiri. Marshal tidak bertauliah ini tiada kuasa di sisi undang-undang untuk menyuraikan atau melencongkan kenderaan lain semasa di atas jalanraya. Sekiranya anda berdepan dengan situasi ini, anda bolehlah ingkar apa juga arahan marshal ini kerana ia sebenarnya menyusahkan kita sebagai pengguna. Dan seperti dinyatakan, marshal tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang. Jika berlaku kemalangan? Maka marshal ini perlulah bertanggungjawab sepenuhnya atas apa juga kerosakan atau kecederaan...