MENGKOMPOUN KESALAHAN JENAYAH (BHGN 1)
Assalamualaikum, Hari ini kita akan bincang tentang kes jenayah yang boleh dikompoun. Anda pernah dengar perkataan 'kompoun'? Biasa kita tahu kes-kes saman seperti saman trafik, JPJ, Lembaga Hasil Dalam Negeri (hmm.. borang BE belum isi lagi ni!😅) dan lain-lain boleh dikompoun atau ditawarkan untuk bayar kompoun. Dan tawaran kompoun ini sememangnya agak rendah berbanding dari hukuman asal yang boleh dikenakan ke atas kesalahan tersebut. Sebagai contoh, kesalahan meletak kenderaan di kawasan yang dilarang, apabila saman dikeluarkan, polis trafik akan menawarkan kompoun seperti RM70, RM150 atau lain-lain nilai, yang mana sekiranya kes ini didakwa di Mahkamah boleh dijatuhkan hukuman denda sehingga RM2,000. Mana lebih berbaloi, bayar RM150 di kaunter balai trafik atau kena turun naik Mahkamah dan berdepan dengan hukuman denda sehingga RM2,000? Dalam hal kompoun kesalahan ini, ada beberapa jenis kes jenayah juga yang boleh dikenakan atau ditawarkan kompoun. Perkara ini dikhususkan...