KUARANTIN COVID-19
Assalamualaikum, Kepada pembaca blog bakalpeguam ini saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas komen-komen dan emel yang dihantar kepada saya memandangkan saya kini diletakkan dalam kuarantin wajib akibat penularan wabak COVID-19 mulai hari ini. Insya Allah dalam masa kelapangan yang ada saya akan cuba membalas komen dan emel yang dihantar dan kelewatan amatlah dikesali. Sekali lagi bakalpeguam nasihatkan sekiranya anda mempunyai masalah perundangan, silalah dapatkan nasihat peguam yang bertauliah. Konsultasi saja tidaklah mahal sangat. Apa yang bakalpeguam kongsikan adalah berasaskan perundangan dan amalan guaman sedia ada dan sekadar perkongsian ilmu serta BUKANLAH satu nasihat perundangan yang patut dijadikan sandaran untuk penyelesaian masalah tuan/puan. Akhir sekali, stay safe everyone! Wassalam.