TERMA MAHKAMAH SIVIL YANG ANDA PERLU TAHU
Ok, kali ini kita sembang pula sebahagian terma mahkamah bagi kes-kes sivil yang orang awam perlu tahu. Plaintif : ialah pihak yang menuntut dalam kes sivil, terutama bagi kes writ saman. Defendan : ialah pihak atau orang yang kena tuntut daripada pihak plaintif dalam kes sivil. Pemohon : juga seperti plaintif,ialah pihak yang memohon dalam kes-kes melibatkan saman pemula atau permohonan sivil, seperti semakan kehakiman. Responden : sama seperti defendan, tetapi ini dalam kes saman pemula atau permohonan sivil. Writ : ialah salah satu mode atau kaedah bagi memulakan tindakan sivil di Mahkamah iaitu saman yang difailkan oleh plaintif di Mahkamah dan akan diserahkan kepada defendan setelah ia dimeterai dan ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah. Ia akan disertakan sekali dengan penyata tuntutan. Kebiasaannya tindakan melalui writ ini melibatkan pertikaian fakta yang memerlukan campurtangan Mahkamah untuk membicarakan atau memutuskan kes berkenaan. Saman pemula :...