MOHON MAAF
Assalamualaikum, Mohon maaf atas keterbatasan masa dan kekangan kerja saya tidak dapat mengemaskini blog ini dan juga emel tuan/puan yang dihantar kepada saya. Juga kepada yang mohon untuk contact saya tidak dapat tunaikan kerana saya masih terikat dengan kerjaya sekarang dan tidak membolehkan saya berurusan dengan orang awam. Seperti yang saya nyatakan dengan jelas dalam blog ini, apa jua persoalan atau nasihat guaman mestilah dirujuk terus kepada peguam yang bertauliah. Saya hanya berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pengamal undang-undang walaupun kerjaya saya yang sebenar bukanlah sebagai seorang peguam pada masa ini. (Insya Allah mungkin pada masa akan datang saya akan beramal sebagai peguam sepenuh masa). Apabila mendapat waktu terluang nanti saya akan kemaskini lagi blog ini kerana setiap hari sebenarnya banyak isu yang boleh dikongsi, diulas dan dibincangkan. Apapun, saya masih mencari peluang untuk mencuri masa itu bagi mengemaskini blog ini. Kesulitan amat dikesali. ...