Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Insuran Kemalangan Kenderaan: Menyenangkan atau Menyusahkan?

Hari ini dalam akhbar thestar online dibincangkan mengenai perlindungan insurans kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas dan terlibat dengan kemalangan. Tahukah anda bahawa peraturan Bank Negara bahawa bagi kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas yang terlibat dengan kemalangan, peralatan ganti yang harus digunakan ialah samada ia baru atau barangan terpakai? Aku pun baru tahu ni. Pun begitu, bagi alat ganti baru, pengguna atau pemilik kenderaan sendiri perlu menanggung sendiri "betterment charges" iaitu pihak insurans hanya akan menanggung nilai alat ganti "second hand" atau "used parts" itu ataupun nilai qualiti alat ganti yang sama dengan kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas itu.  Masalah dan dilema yang dihadapi oleh pengguna atau pemilik kenderaan ialah: dipihak insurans, syaratnya adalah seperti di atas. Namun, dipihak panel bengkel pula, mereka akan menggunakan alat ganti tiruan atau "imitation parts" dan akan mendakwanya atau menuntut kadar ...

Isu Minggu Ini: Sex Blogger

Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ni. Sebabnya? Aku terlalu sibuk dengan kerjaku yang membawa aku ke sana dan ke sini sehinggakan kerjaku sendiri di office berlambak-lambak dan tertunggak. Tidak lama lagi akan dibisingkanlah aku oleh bosku yang garang itu... Haha. Anyway, terdapat isu menarik minggu ini yang menjadi kegilaan ramai terutama penduduk Malaysia dan di Singapura. Ia berkaitan dengan sex blogger yang juga menamakan diri mereka sebagai Alvivi atau Sumptuous Erotica . Maaf ya, sekiranya anda mencari blog ini yang menggunakan platform tumblr , ia tidak akan dijumpai lagi kerana telah dipadamkan oleh pemiliknya yang pengecut itu. Ceritanya bermula apabila blog ini dihidu oleh pihak media di Singapura dan dikeluarkan dalam akhbar-akhbar arus perdana di sana. Disebabkan salah seorang pelaku sumbang ini rakyat Malaysia, maka tempias isu ini juga menjadi hangat di negara kita. Ia melibatkan 2 ekor binatang  orang berbangsa Cina bernama Alvin Tan Jye Yee, jantan berumur 24 ...